Kristian percaya bahawa Jesus (a.s.) telah diutuskan untuk mengajar manusia agama Tuhan dan menunjukkan mereka jalan selamat. Semua manusia perlu mengikuti ajarannya, dan hanya mereka yang percaya akan penyaliban dan penebusan dosa akan terselamat.
Kristian percaya bahawa kaum Yahudi juga perlu memeluk agama Kristian kerana Jesus diutuskan kepada mereka, mereka adalah orang yang selayaknya mengiktiraf firman Tuhan dan tanda-tanda Jesus (a.s.) yang terdapat di dalam kitab mereka.
Sebaliknya, kebanyakan orang Yahudi menuduh bahawa Jesus (a.s.) bukanlah utusan Tuhan, tetapi adalah nabi palsu, ahli sihir, mendakwa bahawa tiada ramalan mengenai Jesus (a.s.) di dalam kitab mereka dan beliau bukanlah Penyelamat/Kristus yang mendakwa mereka tidak perlu mematuhi Jesus dan tindakan mereka membunuhnya adalah wajar.
Islam percaya bahawa kedua-dua Musa (a.s.) dan Jesus (a.s.) adalah utusan Tuhan yang benar. Kedua-dua Musa dan Jesus, serta Nuh, Ibrahim, Yaakob dan nabi-nabi Tuhan yang lain adalah utusan-utusanNya yang benar, adalah pesuruh Tuhan yang taat serta maksum. Mukjizat-mukjizat Jesus (a.s.), termasuklah kelahirannya yang ajaib. Setiap kali utusan Tuhan wafat, manusia kembali semua kepada amalan-amalan mungkar sedikit demi sedikit sehingga akhirnya agamaNya diselewengkan.
Apabila ini berlaku, Tuhan Yang Maha Berkuasa mengutuskan seorang nabi baru dan mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Dengan cara ini, agama Tuhan yang sebenar sentiasa wujud sehinggalah ke hari kiamat untuk mereka yang mencarinya. Ini boleh dilihat pada ayat-ayat di dalam Bible seperti Matius 5:17-18
Yahudi memanggil Tuhan dengan nama “Elohiym” atau “Yahweh”. Kristian memanggilNya “Tuhan” atau “Bapa” [1] atau “Jehovah” dan lain-lain.Islam memanggilNya “Allah” (dan 99 nama-nama lain yang mulia).
Kefahaman penganut Kristian telah dipesongkan dengan dakwaan Bible telah ‘diwahyukan’ oleh Tuhan 100%.
Pengubahsuaian-pengubahsuaian yang dilakukan oleh sebahagian yang mengaku pencinta Jesus telah menyebabkan percanggahan yang tidak terkira banyaknya di antara ayat-ayat di dalam Bible.
